20110902

Syawal'11

ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN! wah, eksaitednyeww intro. haha.  mentang-mentang dah lama tak update.  hahaha entri pasal puase takde then terus masuk entri raya? hihi biaselah bulan puasa tumpu kat ibadat jeh. ceh gebang betol azreen nih :P #yela, bagilah tau semua orang yang kau beribadat. -,-


K, hari ini dah masuk raya keempat, so fast time walk. haha nak cakap omputeh tak tau. eh, kesah mende haku. lantak aku lew, yang engko sibok macam aku tu bini engko tu napeww? hahaha i'm just kidding. baru minta maaf tadi, dah buat parok balik. haha sorry. aku kan manusia, Manusia kan selalu buat silap. Normal la tuh v^^


so hari ini aku nak cerita masa sebelum raya sampailah sekarang. Tahun ni aku beraya kat kampung. so semua family aku excited especially abah. dialah paling awal prepare barang-barang nak balik kampung. eleh, mentang-mentang dapat cuti awal kan abah kan? hikhik


seperti yang dirancang, hari jumaat petang, dalam pukul 230 cenggitu, kami pun bertolak balik ke Penang, kampung sebelah mama. Then 430 berhenti kat tapah, solat asar. then sambung perjalanan balik. tapi time tu tengah hujan. hm, so nak dipendekkan cerita, dalam hujan lebat tu, saya dan sekeluarga terlibat dalam kemalangan kecil. Alhamdulillah, we all selamat. hm, air hujan bertakung kat jalan, so brek tak makan. konklusinya, kereta saya ciom bontot kereta lain lah makannya.




that day, bukak puasa pun depan balai polis, sosad. Tsk Tsk T_T so malam tu naik taxi dari tapah ke penang, empat ratus driver taxi tu telan. hmph takpelah nak buat camno. bende dah jadi. kita reda je k~


Hari sabtu, ahad, isnin, bermulalah aktiviti saya seperti biasa. Tolong makcik buat biskut raya~ wee. macam-macam biskut saya buat, certain saya guna resepi sendiri :) semua puji sedap, eleh :P pejam celik pejam celik,tibalah saat saat yang dinantikan. hari selasa bersamaan dengan 1 syawal~ Yay! dah boleh raya~ so pagi-pagi tu macam biaselah. mandi raya semua, siap-siap pakai baju raya. then ada sedara yang pergi sembahyang raya, saya tak pergi. so saya tolonglah makcik-makcik masak rendang dekat dapur :B after diaorang balik sembahyang raya, mulalah sesi bermaaf-maafan. 





tahun ni tema family saya warna biru :) Yay! ade gambar untuk 2011 punye. hihi masa ni kat rumah maklong. yang dua budak kecik tu sedara saya :) omel sangat diorang. k after makan-makan pergi beraya kat rumah tokngah. dekat, sebelah rumah je.


atototo comeynyeww abah saya ni :p iloveyoulah hihihi

cik odah/maklong/tokngah/mama


dah beraya pastu ada sedara dari kedah jemput kitaorang, then pergi kedah pulak. tidur sana semalam. maklumlah, kereta kat bengkel. hee sampai sampai sana, terus pergi beraya. dekat kedah lagi meriah kalau nak depends dengan penang.



dia ni asilah, my lovely cousin. bakal ustazah mungkin :P


haa, dia ni mirol a.k.a ustaz amirul. dah berapa tahun tak balik kmpg, tahun ni baru balik. sumpah dia ni lain gile. dulu tak camni. sekarang dah rajin sembahyang, sopan santun. walaweh, cair hati asilah. hahaha cayalah lu bro #tabik spring



ni kak wani and asilah. teman setilam sebantal saya. loveyouall




kayh, ni semua sedara saya. takde korang semua, kampung jadi sunyi. muehehe 

much love, azreen.
kbai.

20110719

4A's frogs rocks!

"Lompat si katak lompat, oi oi. Lompatlah tinggi-tinggi. Cepatlah adik cepat, cepatlah bangun pagi-pagi" betol ke lirik tu? cam tak betol je. bedal sajelah labuuuuu~ hee, okaay, sekarang nak citer pashal bedah katak :DD #kecoh betol muahaha 
Place : Biology's Lab
Date : 06072011

k. saya tahu cerita ni dah lama :p takde mase nak update sebenarnya, baru hari ini terhegeh-hegeh and teringat nak buat pasal bedah katak ni. ekekeke. Okay, lets start it! That day kami dikerah untuk bawa semua katak-katak and semua macam eksaited gile nak bedah katak. Semangat bawak sorang satu, macam berani, eleh :p haha, setakat bawak dan tayang je moleh la, bile dah depan-depan nak bedah gegel kau. muahahaha, saya sorang je yang paling berani dalam class tu♥. v^^ mm, diorang ni bawak katak macam nak bergaduh je, punye la beshaar aku cakap. Okay, nak cari katak tu pun bukan main payah. Dekat Pasar Pudu je ha ade, and you know what, ade ke seller cina tu cakap;
" amoi, nak beli ini katak buat sup ka? ''
Sumpah sakai cina tu, katak mana moleh makan. Kan haram tu, haiyo. haha, k nvm. so back to the topic, hari tu memang riuh la dalam lab tu. Macam-macam perangai kita moleh tengok. jom cekidaut!
Mea/Syira/Hanim/Aje
tengok ni, eksaited betol mereka! :)

ni hafizah, muke die macam scary je. hikhik
YE! MEMANG! terserlah sangat.

dah dah lettuww tengok orang, jom bedah katak. Mule-mule kite kena letak klorofom dekat katak macam ni, nak bagi die pengsan. Cikgu pesan jangan bau klorofom tu, nanti takot awak yang pengsan. Cikguuuu~ saya kuat. Mane moleh pengsan, eleh :P #berlagak betol
Tengok katak ni, dah lah -gemok-montel- Tengok perut die.
Muncit sangat. kesian diewww. Menggelupur sebelum pengsan :(

And katak ni la yang terlepas keluar masa letak klorofom. Dia melompat-lompat satu lab. Semua lari macam kena kejar dengan anjing, termasuk cikgu -,- eleh, menipu betol hakhakhak. Tapi series, semua lari tinggal aku sorang tercegat kat situ. and guess what? Saya jadi HEROIN. I repeat, H-E-R-O-I-N. Saya yang amik katak tu, then letak balik dalam bekas ni then tindan dengan something yang berat macam dalam gambar tuww. After that, semua tepuk tangan. (claps) terharu betol, hihi. Cikgu cakap saya berani, dah boleh jadi doktor. WOI, bangga aku woi! 

k bila katak tu dah pengsan ala-ala kadar, kitaorang pun baringkan die dalam satu bekas, pakukan sekali. 

Abo/Amy/Saya/Cikgu/Iki
Series betol muke saya dengar cikgu explain, muahaha


tengok tu, peru-paru katak yang kembung-kembung tu.

k konklusinya, bedah katak ni BEST SANGAT! mula-mula memang cam geli sikit. Saya tak geli, kawan-kawan saya yang geli eh. dah lelame tu nanti biase la. Hahaha, Bedah katak ni just kena keluarkan semua organ-organ, tengok die ade ribcage ke tak (katak memang takde ribcage, sekali pijak dah mati) then last sekali kena cabut jantung die then letak dalam beaker berisi air and make sure jantung tu still berdegup. yeaah, itu je sebenarnye tujuan ekperimen ni. Alhamdulillah, berjaya! 


20110710

FRIENDSSSS

ASSALAMUALAIKUM,okay.dah lama sangat tak update blog ni. memang sudah kepam baunye. ekekeke, ada pulak bau sebenarnya. LERZZZ, cerita nak gebang je en? hahah. #meme lew actually saya rindu sesangat kawan-kawan sy terutama ELYAQAI since die je yang berpindah schl. Kawan-kawan yang lain still ade kat schl lame, so takde la terasa sangat kerinduannya kan? okay, ni dia insan yang bernama ELYA.
       Dia ni sekarang dah pandai merajok dengan saya, awww so cuweett. dia merajok samalam sebab saya tak moleh call die, kredit saya hanya ada utk mesej abang jay saya je. die cakap en "kau nak mesej jay sampai tak leh call aku eh? okay, mesej la dgn dia". ekekeke, comel la kau ni. merajok-merajok nak ke mana? ELYA, aku tunggu kau balik, nanti kite sembang lame-lame tau. sampai berbuih mulut kau ea? :DD LOVEYOUEWIA 
         Okay, sekarang kita cakap pasal sorang lagi kawan saya. Nama dia ni FATIHAH, tapi sebab dia nak glamer, dia tukar nama die jadi ABO. eh, taklah. sebenarnya memang kitaorang panggil dia abo for no reasons. hee, Nak tengok tak dia? jeng jeng jeng.
Dia ni duduk sebelah saya jeh, selalu kalau tak siap hw, saya copy je dia. Dia always cakap dekat saya "Bosan la menghadap muka kau hari-hari" . When i heard that sentence, saya rasa nak sepak pun ade. tapi saya watlek watchill je sebab saya tahu dia cume bercanda sahaja. kan abo kan? Then kadang-kadang, saya ade suruh abo buat geli-geli dekat tangan saya. Tapi dia taknak buat sebab malas -, - Dia ni sangat baik, kadang-kadang dia yang tolong belikan makanan if saya malas nak turun rehat. hm, moment yang saya tak moleh nak lupe when bersama dia, bile kitaorang malas nak turun rehat, then menyorok bawah meja selama 20min sebab tak nak terserempak dengan pengawas. Macam gampang, TROLOLOL seriesly lawak sangat time tu :DD LOVEYOUABO
      Next, kawan saya yang paling sopan santun and lemah lembut. Series die ni memang perempuan melayu terakhir lah wa cakap, Suara dah lah soft and sedap didengar. Saya memang tak pernah tengok dia marah langsung, And i think dia ni tak pandai nak marah. hihihi.
Ni la orangnya. NUR NABILAH BT ABD. HADI. Cantik kan? Memang cantik, See, duduk bersimpuh. terserlah keayuan beliau. hee, dia ni last year sama class, tp this year class lain, tapi kitaorang still rapat lagi. Kitaorang selalu tunggu bas sama-sama. hee,saya sangat-sangat sayangkan beliau.
     And the last one for today, namanya NAAAAAAANI. DIa ni minat orang KOREA je. Orang Malay dia tak main lah. HAH, tah ape yang ade pada mamat korea, saya pun tatau. lantak kamu lah nani, asalkan kamu bahagia :DD. 
Gambar ni dah berzaman, 2009 tak silap, tapi still simpan :DD Ni la nani, omel kan? Sebelah kiri Elya dan kanan itu sayewww. I LOVE THIS RELATIONSHIP, HOPE LONG LASTING YEAA.

20110626

Sports Day ;D

25062011
Assalamualaikum, this is my schl. SMK TAMAN SETIAWANGSA. pemandangan jarak jauh :p hihi awesome kan rumput kat padang tu? dah bertobek-tobek. tah ape lah yang player football buat sampai bertobek padang sekolah ni ha. hee. dah kita straight to the point jela ye. Hari ni ade SUKAN day kat sekolah :) whee~ WHAT? HARI SUKAN? yang pernah saya nak datang. Cipta rekod tu, selama saya sekolah kat situ, 4 tahun berturut-turut tak pernah datang hari sukan. HEBAK sungguh. takpela, next year je kite datang eh schl? dah alang-alang next year nak berambos dari situ e
     Tapi terase rugi la pulok, alam persekolahan cume sekali seumur hidup. hahaha, watlek sudah #perkara yang lepas jangan dikenang okay, back to the topic, since hari ini hari sukan, ramai la atlet-atlet sekolah kat padang tu en? FoShow punyelah, maklumlah, kate hari sukan :D andd ade la jugek dak-dak sekolah lain yang sibuk menempel datang kat sekolah saya ni, #usher lettuw sekolah kalau dah femes takleh nak kate ape ah :p 


     see, meriah kan? ha, nak tau mane aku tau mende-mende ni semua? heh heh ade la informer-informer aku bagitau. mereka kan rajin yang amat nak datang s]schl, tak macam aku ni. kurang rajin hahaha. alah, diorang datang pun ade function sebenarnya, masuk kawad senang cakap la kan, aku takleh kawad, puase la katekan #eleh, tak reti padahal :p takpe takpe, tengok ar tahun depan. Kawad korang tu aku yang handle, jangan terkezut pulak nanti. muehehehe Anyway, congratulations lah dekat mokcik-mokcik and pokcik-pokcik KRS kerana telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan kawad kaki dan formasi. tak lupa jugak dekat rumah sukan WIRAAAAAAAAAA kerana telah berjaya mendapat tempat keseluruhan dalam Kejohanan Sukan & Olahraga SMKTSW 2011. Tahniah again!

I LOVE YOU LAH WIRA !

kawad pun bersepai je, tapi moleh menang :)
KRS , cayolah

20110616

happy tapi tak happy.

Assalamualaikum,
     "happy tapi tak happy". cam mono tu? #ayat dah macam bangla -.-  hahaha. camni ceritanye. Tadi time kat sekolah, aku dah dapat result. Just kim je tak dapat lagi. Lambat betol cikgu tanda, kaaan? Cuti dua minggu buat apa? Goyang juboq je tahu, OPS :p gurau jeh. heh heh heh. Over all, result yang aku dapat amat membanggakan. Boleh la nak hidup, haha #add math fail padahal. ehh, normal lettuw. Baru permulaan, kan kan kan? :) dah, takyah nak bangga sangat dengan result kau tu, tak ke mane derr. kdahdiam. hihihi, then habis sekolah, balik lah rumah. semangat nak bagitau mama pasal markah. Balik-balik je, bukak pintu tengok ada mama kat depan. Tengok jam baru pukul 140. Eh, awal nau mama balik keje. Rupa-rupanya mama MC. hm, dok cakap mama anaemia. Macam elya sakit dulu. Kesian mama kan? :'( sokay mama, adik kan bakal doktor. so no worries lah. adik boleh jaga mama :B
    pastu, tunggu apa lagi? dah dapat tahu news tu, lekas-lekas lah aku bagitahu abang Jay Saleh kesayangan. Die call, then cakap-cakap. hihi die cakap die rindu :> hihi, I mishhh you too lah dear ♥.laaagi, die pesan suruh jage mama. menantu yang baik kan mama kan? hihihi. adik tahu dah tu. tu yang adik pilih die tu, jangan tak tahu. hee~ at the end, die cakap "abai". so cutee bile die cakap macam tu. SUKE SANGAT-SANGAT-SANGAT tahu.

i love you so much Abang Jay!
Abai.

20110611

extend the holiday please~

      Assalammualaikum. Okay, cuti sekolah dah nak habis. dah tak beh ar cam ni :\ alahai, osannyeww hidup ni. Eleh, bila cuti sekolah baru mula gegeh nak sekolah. bila cuti sekolah dah nak habis gegeh tak nak sekolah. ahahahaha. #usher lettuww kan? kejap lagi dah nak balik KL, sekarang tengah packing-packing barang. gudbai-mai-kampung. raya nanti kite jumpe lagi ye. Eh chop, h/w adakah? sumpah oh, tak teringat langsung. harap-harap takdelah ye. Yang aku ingat cume oral jeh. tapi tak cari pun lg :p BIARKAN. bukak sekolah nanti cikgu mesti bincang pasal result je. ye dok?
p/s: menanti markah-markah dengan muke yang eksaited :)
kbai.

20110603

Hooray :v

k.nak balik kampung hari ini.Yay!

20110601

jalan-jalan.

ASSALAMMUALAIKUM,
        Apa khabar mokcik pokcik? Kalau sihat, alhamdulillah. Kalau tak sihat, cepat-cepatlah bertaubat. Jadahnya bertaubat time sakit je? #sumpah sengal --' hihihi , hari ni ape cerita? takde cerita sangat pun. cume jejalan je. Cari baju raya kat JAKEL && NAGOYA dekat-dekat dengan JALAN TAR. Kat situ je syurga nak cari tudung, mudoh sikit kan. dah alang-alang. Aku beli baju raya sepasang je, hok tu je yang aku berkenan. A-little-bit-fussy. heh heh heh :D usher lerr tu, kata nak raya, kena la pilih yang okay-okay sikit. Sekali setahun jetuww raya ni haa. tak gitu? Tahun ni tema family saya warna BILU. Sumpah best gila. Ramai-ramai pakai baju sedondon biru, Boria habis family gueh. Baru semangak nak raya. weeee~
        k cerita tak best, tapi aku still nak sambung. nasib ah korang. hahaha. After that, pergi Restoran Saba' yang restoran makanan ala-ala arab tu. mama lah yang teringin nak makan makanan arab, sempena anniversary die jugak makan kat situ. any comment? err, makanan kat situ maybe sedap untuk orang yang memang suke makanan arab, tapi untuk orang yang tak suke makanan arab macam aku ni, makanan tu rasa agak perit sikit untuk ditelan :P heh, ngada-ngada. 
P/S :Aku orang Malaysia yang tegar, tahu makan makanan tradisional Malaysia jela. :DD
              the end,boi.

20110529


its hard when someone special ignores you, 
but it's even harder when pretending that you dont care :\
hihihi, but its okay. i am strong enough :DD
tc,bai.


20110527

sad.

     'school holidays are oficially started' . as a student, i'm supposed to be happy, right? yeah. Actually i was, but it is so sudden that feeling fly with a little news that makes me like :O oh-mai-jay and that turns me to be not happy anymore. #berapa kali nak guna 'that' hah? hm, my jay said that he got to go back to his 'you' at perlis. its so far from me, waaaa why dont u tell me earlier? at least i can make a preparation, i can get ready enough for this thing ;( yea, it is my fault. tak bertanya bukan? hm, okay, sorry. i'll not blame you for anything. sorry if i'm too emotional. I LOVE YOU and I AM GONNA LOVE YOU MORE AND MORE ABANG JAY I hope you will be more success this semester. I will always be beside you as long as you want me to do that. 
p/s : raya nanti abang balik lagi kan? jumpa ayang kan? :DD

thats you and me, 
you're the one that can make me smile LAAAAAIIKK this .


k. cerita tak berapa nak best bai.

20110521

takpayahcerita ._.

            
        Assalamualaikum. Entri cakap tak payah cerita , tapi aku nak jugak cerita #hihihi . Sebenarnya, malas dah saya nak cerita pasal exam ni, Asyik dok cerita kat orang, tapi result tak hebat mane pun ,hahaha malu jelerrrr ,tapi aku kesah apa? Yang korang sibuk baca tu dah kenapa? ehh, ada pulak yang nak baca entri aku ni sebenarnya :P Back to the topic, m/y exam aku tahun ni macam haram, Sumpah tak tahu apa yang telah terjadi. Exam besok, baru terhegeh-hegeh nak baca, macam mana nak berjaya kan?
          Math aku jangan cakaplah, banyak keluar pasal statement. jadahnya aku nak buat revision pasal chapter tu, eh memang TIDAK lah kan. merewang-rewang je soalan statement tuh, pastu soalan statistic dia punya taknak banyak lagi, masa yang kau(pembuat soalan) bagi, pernah cukup? 
       Sej aku pulak? hahahaha tak tahu la nak cakap apa. sejarah ni kena ingat fakta, kalau tak ingat hadap la kau kertas kajang tu lama-lama sampai habis masa menjawab. takpun kau boleh reka sendiri sejarah kau atas kertas tu. betol tak apa yang aku cakap ni? :) 
       Chem aku pulak yang baru berlangsung semalam telah selamat diijabkabulkan bersama jawapan aku yang tah apa-apa #maaf cikgu Ada yang tak jawab pulak tu. soalan esei dia lagi lah, aku taram je. past year paper kot, jangan buat main :'( 
       Konklusinya menengah atasan ni memang susah. Now, aku paham apa itu erti SPM. exam bio,phy,chem and addmath aku belum habis lagi, masih ada masa nak perbaiki :D . and aku jugak takde masa sangat nak update.
       kbai

20110514

exam week -,-
12-26 MEI 2011
hahahahaha , exam nak dekat TIGA minggu , tak pernah-pernah exam aku lama cam gini , 
cikgu , kenapa tak boleh nak lama lagi ? saya memang suka sebenarmya lama-lama ni  ?
hoho , srsly cakap ,dah la banyak  paper . setiap subject duatiga paper . standard SPM
9 subject . cube jap kau darab berapa paper aku kena jawab ? #SUMPAH penat . buat habis 
dakwat pen aku jeh jawab anyak-anyak . OKAY AZREEN , orang lain pun exam macam kau jugak ,
dakdaksainstulen jugak , tapi takde kecoh macam kau pun . #usher lettu , aku budak baru 
belajar , ambil lah galah tolong jolokkan :P

20110425

wake up my brain ! -,-


     everyday when i go to school , i'm always feel lazy , sleepy and don't want to study . kenapa huh ? anybody knows about that ? JANGAN CAKAP KAT AKU SEBAB TERLEBIH BANYAK MAKAN VITAMIN M . ayat tu dah selalu diguna pakai cikgu . tapi cikgu apa , aku tarak ingat . kalau nak guna , guna ayat lain okay ? tak okay , diam ! HAHAHA . 
    Sumpah oh , dah naik ke f4 ni , makin aku belajar , makin BODOH aku rasa . srsly , waaaaa . macam nak menangis je rasanya :'( . cikgu ajar kat depan , aku buat benda lain kat belakang . selalunya tidur dan makan . aku memang minat sains && mathematics . Subject tu memang aku score gila-gila dulu since standard 6 until f3 . Tak A+ , A . Tak A , A- . Bila naik je tingkatan 4 , semua tu bertukar 360 darjah . Sangat-sangat berbeza dengan aku yang dulu . 
    Tengok la time add math kat sekolah tadi , orang lain laju je buat logarithm punye soalan yang cikgu bagi . Aku baru terhegeh-hegeh nak mintak kawan ajar dan fahamkan aku . WHATTHEAYAM ?  
still same in bio class , time cikgu suruh aku explain pasal intracellular & extracellular enzymes , aku tak dapat nak explain sejelasnya macam yang iskandar buat . Aku just mampu terangkan dengan tergagap-gagap like this ; 

AZREEN : err , intracelullar tu enzim yang disentesis then dia guna untuk dalam sel tu sendiri .
CIKGU TUTI : contohnya ?
AZREEN : macam yang dalam buku teks lah .
CIKGU TUTI && RAKAN-RAKAN : HAHAHAHAHA (ketawa berjemaah)

     and that time being , i was like , sumpah oh . BABI gila korang . tapi chill lah , mereka ketawa bukan sebab aku bodoh , tapi sebab jawapan aku yang agak melucukan . hahaha then terangkan pulak pasal extracellular , bla bla bla . pastu , mula la si iskandar*the cleverest boy in my class sibuk nak tanya . setiap kali aku present , mesti ada je yang nak soal . kat orang lain , taknak pulak . tahu la aku saingan dia kan ? :DD tah pebende la dia tanya , so dengan senang hatinya aku jawab , TAH ,TAK TAHU . *ambik kau , padan muka :p . once again , semua gelak =.= sokay nvm
     yeah , tu la yang berlaku hari ini dan sedikit sebanyak buat aku sedar yang aku perlu BERUBAH untuk kebaikan diri sendiri . come on azreen :) tinggal lagi berapa minggu je nak mid year exam . 


20110415

ASDFGHJKL

       since yesterday and today had a raptai for majlis anugerah cemerlang , so i don't come to school . Dah merasa naik turun pentas semalam . asyik dok practise yang tu jeh , sumpah bosan oh -.- . plus , i got headache . so , aku tak pergilah ke sekolah hari ni . hihihi . tu yang suka tu , tapinya kalau dah duduk kat rumah sorang-sorang ni , mesti terasa lapar eden pun tak tahu la apo sobabnyo . teringin nak makan ice cream , bukak freezer dah kosong jeh menyirap betol =.= tinggal sayur , buah , daging mentah plus ikan semua tuh . haih . takpe , tengok lah . besok aku pergi kedai ice cream , aku melantak puas-puas . baru nikmat heh heh heh :DD



anyone , please by me one :'(

woaaahh~ creamy strawberryh pie . deliciousmarvellous
nak yang ni jugak , my dear~ could you please bring me this at home :DD

hai MR PRINGLES , kenapa lah dalam badan kau tu 
sikit sangat potato chip nya . penat aku beli kau mahal-mahal tahu tak ?
    
    HAHAHA , ni lah jadinya kalau dah terlalu lapar . makanan memang ada kat rumah . masalahnya , aku yang demand sangat  . LOL . susahlah hidup kalau macam ni kan ? hee PADAN MUKA 

20110414

APRIL -..-

     this is the first month that i couldn't update my blog. yeah , APRIL IS THE BUSIEST MONTH EVER ! just imagine , how busy i am , 14 April baru nak update ? lerzzzz =,= , bak kata elya ; azreen dak dak aktif koko kaaaan , mane dah nak ada mase buat benda cam gini . muahahaha , actually , i had a lot things to do this month . that is the reason why i cannot update my blog frequently just like i do before this :'( yeah , i knew . no one wanna read my entry but who cares ? i wrote this not for you , you and you to read , isn't ? i wrote this for myself , huh ! :DDD
                                     
HIGHLIGHT
1-3 April ; Kem Ketua Platun
2 April ; Majlis Anugerah Cemerlang Parlimen Setiawangsa
4-8 April ; Tournament Volleyball
9-11 April ; YAWA Green school carnival camp
16 April ; Hari Anugerah Cemerlang SMKTSW
26 April ; Majlis Anugerah Cemerlang Titiwangsa

     hang tengok , tiap-tiap minggu ada saja aktiviti yang dok kena buat . awat ceq cakap lagu nih ? LOL . susah lah hidup kalau busy macam PM ni kaaaan ? hee , kawan-kawanku~ maaflah kalau kalian melihat azreen kesayangan kalian ni aktif semacam tahun ni . azreen bukan apa , ini semua  kerana azreen nak menyahut seruan kementerian pelajaran and cikgu-cikgu ; " PELAJAR-PELAJAR KENA AKTIF KOKO KALAU NAK MASUK U , PANDAI SAJA TAK GUNA " . okay , dah diam . bosan azreen dengar tahu . Keep repeating the same words . lalalala~ 


P/S : eh , my dear , eventhough i dont have enough time with you , but you still in my mind . never forgot you abang and one more thing . HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MYSELF . LMFAO hashashas

20110329

result babehhh .

          oh finally , result for test 1 dah dapat . sangat-sangat tidak memuaskan . 
wanna see ? for those who are not interested in , jangan lah baca yeah =.= here we go .


BM : A
BI : A
AGAMA : A
MATH MODE : A-
PHYSICS : A-
SEJARAH : A-

okay , sampai sini kita gelak ramai-ramai :DDDD

CHEMISTRY : B
ADD MATH : C
BIO : E


DANIAL , markah kau paling tinggi amat. memang
nak bergaduh .  sekian terima kasih , dah diam !
benci tahu -00-


20110321

nothing to be written as a title .


                                                         
      FIRST OF ALL ,  sorry for my all wrong-doing . IDOLOVEYOUSOMUCH , my dear~ hm , I don't know why must we fight about something that are not supposed to be . Yeah , it is a cliche ; NORMAL la tuh kalau gaduh . But it seems abnormal if it always happen . Just now , you asked me , if i met someone rich , gentleman , kind and so on , but there is one thing that i dont like but it doesn't matter for me , will i open my eyes looking at you ?
     I dont get any chance to answer your question because you yourself already have answered it  . But nevermind , i will answer it here . Frankly speaking , If I met a guy who is rich , loving , caring ,gentleman and even he is perfect , But i don't care . Of course , i will open my eyes to look at you . Memang syg akan pandang abg ! 
    WHY ? because i am searching for love not a person who is certainly perfect ! Remember my dear~ cinta yang melengkapkan seseorang untuk menjadi sesempurna mungkin . We complete each other , hun . I don't need a guy yang memang dah sempurna sebab bukan kesempurnaan yang syg cari .
    Why don't you believe that I LOVE YOU ? You said . you don't get my attention . hihi , omaisweetie , u know what , without any command , my mind will always think about you . Means , I always pay attention about you . Maybe i don't give a good respond when you are talking about what you are interested in . Its all my fault , SORRY FOR DOING YOU FEEL LIKE I DON'T EVEN CARE ABOUT YOU . It was just a misunderstanding . Sorry again , But i do love you 


p/s : Am i too don't get your attention ? Why all your replies were too short ? but it's okay . i'm fine :>

20110320

Besok dah mula sekolah ? : O


hari ini hari AHAD kah ? OH NO ! -,-
bermakna esok merupakan hari persekolahan . 
bila la pulak nak cuti lagi ni ? lambat betul !
Aku baru nak bersuka ria , baru semalam rasanya cuti .
cepat pulak masa berjalan . selalu bila hari persekolahan ,
aku rasa lambat sangat masa tu berjalan . pelik sikit . 
hm , terus tarak mood nak berblog . kbai .



yesterday punya cerita haa .

     you all semua nak tahu tak ? APA ! taknak ? OKAY , diam semua  . biar i cerita sorang-sorang . semalam , my mum and my dad bawak i pergi makan luar . entah apa mood diorang nak belanja i kan ? memang diorang dah berjanji padahal . cehh , sejak bila guna i you i you nih ? lols . okay , balik semula . semalam mama and abah bawa aku pergi makan kat satu tempat yang memang SPECIAL . nama restaurant tu , NAILI'S PLACE . Luar dia aku cakap , SUMPAH BURUK ! tapi dalam macam istana . hoho . surrounding dia , decoration dia , memang aku LIKE gila . kalau ade button like macam kat FB , memang aku dah like sampai lebam , hee . dalam entri ni , ada aku sertakan beberapa gambar . MAAFLAH , gambar memang tak jelas . aku pakai camera cap ayam jeh ; 2MP .


abah && mama , sweet couple :>

     ni aku cakap , hang masuk je resterong tu , hang tengok pekerja dia semuanya laki-laki . dari hok yang kerja tukang masak sampai lah hok yang kerja pelayan , 100% lelaki . tulen atau tidak , tu aku tarak tau ! so , sambil makan sambil jamu mata la bagi sapo dok gilo nak berlaki ngeh ngeh ngeh :DD . Menu yang aku pilih ; Blackpaper lamb steak , sup tulang , Temasik fried rice , ABC special , chocolate ice blend, mermaid and teh ice . hampir 15minit la juga pilih menu yg simple ni 
-_- rambang mata sebenarnya . anyway , jangan fikir aku melantak semua tu sorang-sorang . makan bertiga okay . ulang tayang , BERTIGA!

sup tulang 

Temasik fried rice

ABC special

Mermaid

lamb steak

      Menggiurkan bukan ? Memang pun . So , dengan surrounding yang best plus makanan sedap , memang layan and feel lah kalau makan . hoho . hang pa bila lagi nak mai sini ? :> 

p/s : thanks to HIM for ulpoading all this picture . My pb bermasalah sikit -_-
   

     

20110316

i wish . i wish .



12 a.m. sharp on time , i called HIM and said ; HAPPY BIRTHDAY !
he was speechless but thank you will no be forgotten . hahah , terharu agaknya sayang aku ni :P and guess what ? i am the first person who had wished him ( OYESSBABEE ) ! we enjoyed our conversation about 2 hours as he got birthday free call from maxis . TY Maxis :P and now i still want to make a shoutout for you . listen to my heartbeat ;D

Dear Hazwan Saleh , happy birthday to you . i know i am not perfect like the others but i still wanna be the best for you and i know , you dont want the others because you want my love . teehee . i would like to make this day as your day because u deserve it . not an ordinary birthday , but extraordinary hun . naahh , you told me that you  'dah kena baling tepung' at U just now , right ? kan best kalau i pun ada jugak kat sana kan sayang kan ? hihihi , perasaan sudah . 

OKAY , just tell me what you want as your present ? what ! you want me ? hihihi . just wait for another 8 years , pejam celik pejam celik , i dah pun jadi your wife nanti ( amin ) . aww aww :DDD
belajar pun tak habis lagi ada hati mahu kahwin -_- haih , azreen azreen . 
hm , sorry my dear , i cant go there to celebrate your birthday . i'll be waiting you back to your house in BBB , and then baru kite jumpa okay dear ? if you wanna celebrate with your colloeagues , i will be fine but dont forget me as well hah . 

happy birthday AGAIN !
ILOVEYOUSOMUCHH 

nahhh , a cake for youu .
balik semester ni kalau nak orang buatkan cake :P




20110315

H-M-M , best ke tak ?


Tarikh mula ditayangkan : 10 March 2011

5 hari dah ditayangkan , baru nak terhegeh-hegeh cerita pasal HMM ni -,-
biaselah nok , aku memang macam ini . bagaikan katak di bawah tempurung .
orang lain dah lepas ke depan , aku baru terkial-kial nak merangkak .
tapi aku kisah apa ? semua itu dusta belaka . hahaha

desas desus yang aku dengar mengatakan bahawa cerita ini best katanya .
rugi benar siapa yang tak tengok tu nok . HAHAH .
saje je teman menghiperbolakannya :DDD

actually , cerita ini ada kaitan dengan subjek sejarah . so , sesiapa yang
memang interested dengan subject sejarah , aku mengesyorkan ,
hangpa pakat-pakatlah serbu pawagam yang berdekatan .
melihatlah dengan mata kepala hang sendiri : P
cakap orang , tapi diri sendiri tak pergi lagi -,-
sabarlah nok , aku tunggu cikgu sejarah belanja . hoho

Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua.
bila dua jasad menjadi satu,
hidup mati jadi bersama 

see , skrip dia pun dah macam zaman hayam wuruk .
penuh makna tersurat dan tersirat .
I LOIKEEEEE ! haha , buat masa ni , dapat baca skrip dulu pun jadilah kan ?