20110122

Today is a school daaaaaaaaay ?



"PARA PELAJAR DIMINTA HADIR PADA HARI SABTU KERANA BESOK ADALAH HARI PERSEKOLAHAN BAGI MENGGANTIKAN CUTI HARI RAYA CINA . HARAP MAKLUM ."

aku hanya mampu melemparkan senyuman dan muka yang macam gini =,= tatkala mendengar pengumuman daripada Pn. Azizah . bhahaha . besok sekolah , mesti kena pergi . bagi pulak mama kalau aku tak mahu pergi sekolah kaaaaaan ? haiyoo . macam mana lah nak cari alasan nih .
*mengeluh panjang yang berjela-jela . tak mengapa , besok pagi lah pikir .

KEESOKAN PAGINYA ,

"azreen.. bangun! ni dah pukul berapa dah ni, kang lambat . tertinggal bus pulak nanti"
*hm , mama dah mula berdondang sayang kejut bangun dah lah kaaaan ? : P
"ye mama.. adik bangun ni ." *masih berlengkar di tempat tidur . zzzzz
"ya ALLAH , budak ni.. azreen , mama kata bangun lahhhh!
*perhh , suara mama time tu tak usah cakap . tersentap jantung aku ni .
"ye ye , dah bangun dah ni . tadi tu saje je" 

aku bingkas bangun lalu menggapai tuala , menuju ke bilik mama . sambil buat muka seposen .
masa tu mama dah bersiap-siap nak pergi kerja .

"mama .." *muka suci habis : P
"hm , nak apa ni ? mama dah nak pergi kerja dah ni" 
*mama dah macam tiada melayan aku time nih -,-
"er , adik taknak pergi sekolah boleh tak ?"
"huh , taknak ? nape pulak ?"
"alaaa , bukankah patutnya hari ni cuti ? Bukankah patutnya sekolah lima hari je ? bukankah adik perlu rehat jugak ? bukankah.. "
"enough , tak perlu soal-soal mama macam tu"
"hehe.. jadi boleh lah ni ?"
*mama mengangguk

saat itu aku bagaikan siput yang sedang menari-nari di tepi pantai , juga bagaikan beruk yang terkinja-kinja tatkala mendengar lagu lady gaga :P . 

yay! yay! yay!

gembira yang tidak terucap habislah . bhahaha . maka dengan ringan tulangnya , aku lantas menghidupkan mesin ciptaan manusia untuk mengupdatekan blog aku seperti biasa .

p/s: kalau banyak pelajar yang bersikap macam aku , alamatnya tutuplah semua sekolah-sekolah dekat Malaysia ni . jadi , ayuh beramai-ramai jadikan aku icon kamu semua :P



20110121

emaresem , what a bad day ? puihhh -____-

Hari  ini kalau mengikut kalendar mek salleh , hari  jemaat  . tapi kalau ikut kalendar aku sendiri , baru sahaja hari senin : P konklusinya , siapa kata masa itu amat pantas berjalan ? yang sebenarnya , masa itu amat lembab berjalan sehinggakan aku turut merasa kelembapannya , bhahaha . tadi aku cakap hari ini hari jemaat bukan ? maka , hari jemaat cam gini lah kami warga-warga SMKTSW dilepaskan balik awal karena semua kaum kaum XY hendak pergi mengerjakan solat jemaat . 


jam menunjukkan angka 1230 , aku pun pulang dengan menaiki bus "cabuk" yang biasa aku naiki tuh . setibanya di rumah , aku pun masuk ke bilik lantas meninjau-ninjau henfonku . "seven missed calls from elya's house'' . aku dah macam erherr -____- , asal dengan gadis ini ? tiba-tiba je call aku . tadi kat sekolah sepatah haram pun tiada memberitahu bahawasanya dia mahu menelpon aku atau tidak lalu aku pun dengan perasaan bercampur baur menelpon beliau . 


"tut..tut.. hello , nak cakap dengan elya boleh tak ?"
"oh , kejap eh.."
''hello , ni sape ? azreen eh ?''
''taklah , bukan die . haa , asal call aku?''
''hm , kau dah check emaresem? huh hah huh hah'' 
*elya berdebar sampai bunyi apabila bernafas :P
'' belom.. asal doh? kau dapat eh ?"
"a'ah.. aku dapat jasin" 

sewaktu itu aku terasa suaranya bagaikan HALILINTAR yang menikam-nikam telingaku bak kata pepatah Melayu "hanya jauhari yang mengenal manikam" *tiada kena mengena peribahasa itu dengan situasi yang dikaitkan : P  Dunia bagaikan sepi , senyap dan sunyi buat seketika . 10 saat kemudian , aku terbangkit dari jagaanku :P

" oh , baguslah kau dapat.. rezeki kau " *time ni try cover macho , padahal dah sebak gila babis .
"wehh , aku sedih lah"
"lah , asal lak? kan kau dapat"
"yela , aku sorang-sorang nanti" *hmph , hampeh . mati-mati aku ingat kau sedih nak berpisah dengan aku tadi .
''haha , relaxlah elyaaaaa.. takpe ,kau pergi je,"
"hmm , okay.."
"byee"
"byee"

talian segera dimatikan . bhahaha , ketika itu , usah ditanya perasaan aku bagaimana . frust menonggeng kot . betapa punahnya harapan aku nak masuk emaresem . udah le tiada mendapat emaresem , terpaksa berpisah dengan bestprengg pulak tuh . HAIH -,- 



aku pun tak tahu , BAGAIMANAKAH ? APAKAH ? BILAKAH ? KE MANAKAH ? MENGAPAKAH ? aku jadi begini bagai orang yang tak makan seratuslimapuluh hari . padahal tak dapat emaresem je pun kaaaan ? -,- apa jadahnya nak sedih-sedih . *aku sedih sebab nak berpisah dengan bestprengg , bukan sebab tiada mendapat emaresem :p


TAHNIAH
elya qairina mizwan 

p/s : dah dapat kawan baru , jangan lupakan abo dan especially-nya aku tahu . jangan jadi kacang lupakan kulit :P aku sayangggg kau *jiwang siket untuk sejenak

20110120

Happy Thaipusam Day : )




bangun pagi , gosok gigi , cuci muka dan mandi . blablabla . tiada bermotifkan apa apa . hanya untuk sajian telinga : P . ngee . hari ini merupakan hari thaipusam , maka , dengan penuh rasa satu malaysianya saya ingin mengucapkan selamat hari thaipusam kepada semua penganut-penganut agama HINDU .


p/s : thaipusam tiada openhouse kah ? : P

Elya , akhirnya kau tewas jua ! :P

seperti hari-hari biasa yang aku lalui sebelum ini ; aku bangun seawal pagi yang mungkin untuk menyiapkan diri ke sekolah . pukul 6.25 pagi aku dah siap terpacak kat depan bus stop . pakcik bus tu bukan boleh . bila aku tunggu awal die datang lambat , bila aku tunggu lambat dia datang awal . macam sengaja je nak kenakan aku . HAIH -.- pakcik pakcik . ape nak jadi lah pakcik ni . kalau nak kerja , buat cara nak kerja . lehhh , nak salahkan pakcik bus pulak (!) 
                                           *ampun ye pakcik bus , bhahahaha :P
maka , tunggu punya tunggu , akhirnya sampailah bus sekolah yang aku selalu naik tuh . untuk pengetahuan ibu ibu semua , aku merupakan pelanggan tetap bus itu . tanpa melengahkan masa , aku pun dengan ringan hatinya melangkahkan kaki untuk menaiki bus tersebut . 

10 minit kemudian , sampailah aku di depan beberapa buah bangunan yang tersergam indah ; sekolahku . dengan sepantas kilatnya , aku jalan ternonong-nonong ke hadapan tanpa berpaling ke arah belakang lagi . *eksen je lebih minah ni :P 

masa berlalu dengan begitu pantas sekali , tup tup dah subject BM . disebabkan cikgu yang mengajar itu membuatkan aku bagaikan hendak menarik bantal dan selimut untuk tidur , maka aku pun mengambil jalan inisiatif lain dengan menyibukkan diri membaca novel yang bertajuk ;
PAPA , AKHIRNYA KAU TEWAS JUA (!) 

                          *buka mata seluas-luas alam , gambar untuk dipertontonkan


suasana yang memang begitu syahdu di dalam kelas membuatkan aku terlalu leka , khusyuk dan alpa .sedang aku membaca novel tersebut , hatiku bagai digamit-gamit untuk menoleh ke arah sekelilingku . tiba-tiba , mataku tertancap ke arah kelibat seorang gadis yang sedang membaca novel di sisiku yang lagi hayu dan anggun bahkan lalu aku mengomel di dalam hati ; " pergh! minah elya ni pun layan novel jugak ? nampak je kental . HAHAH , tu lah , ke mana tumpahnya perempuan kalau tidak ke novel :P ".

tanpa menunggu sepuluhsaat , aku pun meneruskan pembacaan yang terhenti untuk seketika sekejapnya dek kerana publisiti murahan yang tak berapa nak mahal :P baca punya baca , di akhir pembacaan tersebut , aku menitiskan air mata kerana penghabisan ceritanya tidak seindah yang disangkakan .

p/s : ni semalam punya cerita yang sebenarnya :P

SELAMAT DATANG ♥

Dimulakan dengan bismillah , disudahi dengan alhamdulillah , begitulah sehari dalam hidup kita , mudah-mudahan diberkati Allah . lehhh , bernasyid pula aku kaaaan ?

*insaf sebentar bhahaha : p

jadi , untuk kesekian kalinya aku meng-updatekan belog yang berzaman sudah terkubur di alam maya nih dan sekaligus mengaktifkan diri aku untuk berbelog selepas setahun jagung aku memendam KESANGAPAN aku untuk berbelog akibat daripada menjadi PMR victims . terasa jari jemariku semakin lembab untuk menaip bagaikan siput babis berjalan . [ bolehkah siput babi berjalan ? ] --' jangan tanya aku , aku tahu aku tak pandai

konklusinya , selamat datang ke belog aku yang masih suam-suam kuku nih :P

p/s : aku tahu spelling aku tak betol , jangan pertikaikan (!) kan aku dah kata ; AKU TAK PANDAI .