20110120

Elya , akhirnya kau tewas jua ! :P

seperti hari-hari biasa yang aku lalui sebelum ini ; aku bangun seawal pagi yang mungkin untuk menyiapkan diri ke sekolah . pukul 6.25 pagi aku dah siap terpacak kat depan bus stop . pakcik bus tu bukan boleh . bila aku tunggu awal die datang lambat , bila aku tunggu lambat dia datang awal . macam sengaja je nak kenakan aku . HAIH -.- pakcik pakcik . ape nak jadi lah pakcik ni . kalau nak kerja , buat cara nak kerja . lehhh , nak salahkan pakcik bus pulak (!) 
                                           *ampun ye pakcik bus , bhahahaha :P
maka , tunggu punya tunggu , akhirnya sampailah bus sekolah yang aku selalu naik tuh . untuk pengetahuan ibu ibu semua , aku merupakan pelanggan tetap bus itu . tanpa melengahkan masa , aku pun dengan ringan hatinya melangkahkan kaki untuk menaiki bus tersebut . 

10 minit kemudian , sampailah aku di depan beberapa buah bangunan yang tersergam indah ; sekolahku . dengan sepantas kilatnya , aku jalan ternonong-nonong ke hadapan tanpa berpaling ke arah belakang lagi . *eksen je lebih minah ni :P 

masa berlalu dengan begitu pantas sekali , tup tup dah subject BM . disebabkan cikgu yang mengajar itu membuatkan aku bagaikan hendak menarik bantal dan selimut untuk tidur , maka aku pun mengambil jalan inisiatif lain dengan menyibukkan diri membaca novel yang bertajuk ;
PAPA , AKHIRNYA KAU TEWAS JUA (!) 

                          *buka mata seluas-luas alam , gambar untuk dipertontonkan


suasana yang memang begitu syahdu di dalam kelas membuatkan aku terlalu leka , khusyuk dan alpa .sedang aku membaca novel tersebut , hatiku bagai digamit-gamit untuk menoleh ke arah sekelilingku . tiba-tiba , mataku tertancap ke arah kelibat seorang gadis yang sedang membaca novel di sisiku yang lagi hayu dan anggun bahkan lalu aku mengomel di dalam hati ; " pergh! minah elya ni pun layan novel jugak ? nampak je kental . HAHAH , tu lah , ke mana tumpahnya perempuan kalau tidak ke novel :P ".

tanpa menunggu sepuluhsaat , aku pun meneruskan pembacaan yang terhenti untuk seketika sekejapnya dek kerana publisiti murahan yang tak berapa nak mahal :P baca punya baca , di akhir pembacaan tersebut , aku menitiskan air mata kerana penghabisan ceritanya tidak seindah yang disangkakan .

p/s : ni semalam punya cerita yang sebenarnya :P