20110121

emaresem , what a bad day ? puihhh -____-

Hari  ini kalau mengikut kalendar mek salleh , hari  jemaat  . tapi kalau ikut kalendar aku sendiri , baru sahaja hari senin : P konklusinya , siapa kata masa itu amat pantas berjalan ? yang sebenarnya , masa itu amat lembab berjalan sehinggakan aku turut merasa kelembapannya , bhahaha . tadi aku cakap hari ini hari jemaat bukan ? maka , hari jemaat cam gini lah kami warga-warga SMKTSW dilepaskan balik awal karena semua kaum kaum XY hendak pergi mengerjakan solat jemaat . 


jam menunjukkan angka 1230 , aku pun pulang dengan menaiki bus "cabuk" yang biasa aku naiki tuh . setibanya di rumah , aku pun masuk ke bilik lantas meninjau-ninjau henfonku . "seven missed calls from elya's house'' . aku dah macam erherr -____- , asal dengan gadis ini ? tiba-tiba je call aku . tadi kat sekolah sepatah haram pun tiada memberitahu bahawasanya dia mahu menelpon aku atau tidak lalu aku pun dengan perasaan bercampur baur menelpon beliau . 


"tut..tut.. hello , nak cakap dengan elya boleh tak ?"
"oh , kejap eh.."
''hello , ni sape ? azreen eh ?''
''taklah , bukan die . haa , asal call aku?''
''hm , kau dah check emaresem? huh hah huh hah'' 
*elya berdebar sampai bunyi apabila bernafas :P
'' belom.. asal doh? kau dapat eh ?"
"a'ah.. aku dapat jasin" 

sewaktu itu aku terasa suaranya bagaikan HALILINTAR yang menikam-nikam telingaku bak kata pepatah Melayu "hanya jauhari yang mengenal manikam" *tiada kena mengena peribahasa itu dengan situasi yang dikaitkan : P  Dunia bagaikan sepi , senyap dan sunyi buat seketika . 10 saat kemudian , aku terbangkit dari jagaanku :P

" oh , baguslah kau dapat.. rezeki kau " *time ni try cover macho , padahal dah sebak gila babis .
"wehh , aku sedih lah"
"lah , asal lak? kan kau dapat"
"yela , aku sorang-sorang nanti" *hmph , hampeh . mati-mati aku ingat kau sedih nak berpisah dengan aku tadi .
''haha , relaxlah elyaaaaa.. takpe ,kau pergi je,"
"hmm , okay.."
"byee"
"byee"

talian segera dimatikan . bhahaha , ketika itu , usah ditanya perasaan aku bagaimana . frust menonggeng kot . betapa punahnya harapan aku nak masuk emaresem . udah le tiada mendapat emaresem , terpaksa berpisah dengan bestprengg pulak tuh . HAIH -,- 



aku pun tak tahu , BAGAIMANAKAH ? APAKAH ? BILAKAH ? KE MANAKAH ? MENGAPAKAH ? aku jadi begini bagai orang yang tak makan seratuslimapuluh hari . padahal tak dapat emaresem je pun kaaaan ? -,- apa jadahnya nak sedih-sedih . *aku sedih sebab nak berpisah dengan bestprengg , bukan sebab tiada mendapat emaresem :p


TAHNIAH
elya qairina mizwan 

p/s : dah dapat kawan baru , jangan lupakan abo dan especially-nya aku tahu . jangan jadi kacang lupakan kulit :P aku sayangggg kau *jiwang siket untuk sejenak