20110122

Today is a school daaaaaaaaay ?



"PARA PELAJAR DIMINTA HADIR PADA HARI SABTU KERANA BESOK ADALAH HARI PERSEKOLAHAN BAGI MENGGANTIKAN CUTI HARI RAYA CINA . HARAP MAKLUM ."

aku hanya mampu melemparkan senyuman dan muka yang macam gini =,= tatkala mendengar pengumuman daripada Pn. Azizah . bhahaha . besok sekolah , mesti kena pergi . bagi pulak mama kalau aku tak mahu pergi sekolah kaaaaaan ? haiyoo . macam mana lah nak cari alasan nih .
*mengeluh panjang yang berjela-jela . tak mengapa , besok pagi lah pikir .

KEESOKAN PAGINYA ,

"azreen.. bangun! ni dah pukul berapa dah ni, kang lambat . tertinggal bus pulak nanti"
*hm , mama dah mula berdondang sayang kejut bangun dah lah kaaaan ? : P
"ye mama.. adik bangun ni ." *masih berlengkar di tempat tidur . zzzzz
"ya ALLAH , budak ni.. azreen , mama kata bangun lahhhh!
*perhh , suara mama time tu tak usah cakap . tersentap jantung aku ni .
"ye ye , dah bangun dah ni . tadi tu saje je" 

aku bingkas bangun lalu menggapai tuala , menuju ke bilik mama . sambil buat muka seposen .
masa tu mama dah bersiap-siap nak pergi kerja .

"mama .." *muka suci habis : P
"hm , nak apa ni ? mama dah nak pergi kerja dah ni" 
*mama dah macam tiada melayan aku time nih -,-
"er , adik taknak pergi sekolah boleh tak ?"
"huh , taknak ? nape pulak ?"
"alaaa , bukankah patutnya hari ni cuti ? Bukankah patutnya sekolah lima hari je ? bukankah adik perlu rehat jugak ? bukankah.. "
"enough , tak perlu soal-soal mama macam tu"
"hehe.. jadi boleh lah ni ?"
*mama mengangguk

saat itu aku bagaikan siput yang sedang menari-nari di tepi pantai , juga bagaikan beruk yang terkinja-kinja tatkala mendengar lagu lady gaga :P . 

yay! yay! yay!

gembira yang tidak terucap habislah . bhahaha . maka dengan ringan tulangnya , aku lantas menghidupkan mesin ciptaan manusia untuk mengupdatekan blog aku seperti biasa .

p/s: kalau banyak pelajar yang bersikap macam aku , alamatnya tutuplah semua sekolah-sekolah dekat Malaysia ni . jadi , ayuh beramai-ramai jadikan aku icon kamu semua :P