20110215

pancake atau kualicake ?

mari menyebut ASSALAMUALAIKUM bersama-sama 
sebagai pembuka pembicara 
*perlu formal sebegini rupa ? -,-
bhahaha .

semalam sewaktu perut aku sedang enak bergurindam dan berkeroncong , aku pun terfikirlah nak masak apa bagi menyeyapkan perut aku nih . perah punya perah otak ni , maka , dengan sepantas kilatnya , mentol muncul di benak fikiranku . dah macam apa dah muncul mentol-mentol bagai . BHAHAHA . minda aku menyarankan aku masak pancake .

" yehaaa , pancake ? 
okay juga kan pancake , 
dah lama tak makan "

bab makan nombor satu , NORMAL lah tu kaaaaaan ? jadahnya normal , dah KRITIKAL TAHAP DEWA dah tu . bhahaha :P lupakan sementara pasal tu , janji aku tahu perut aku senyap . hee . sedang aku ligan mencari bahan-bahan nak buat pancake ; susu cair , tepung , soda bikarbonat , gula , telur , tiba-tiba baru aku teringat . 

Ya ampun ! PAN mana pernah wujud kat rumah ni .
 habis tu macam mana nak buat pancake ? haih =,= .
*sadis sikhead tiada pan kat rumah .

hang pikiaq punya dok pikiaq , sampai bila nak sudah cheq . hahaha , aku pun mengambil langkah yang tak berapa nak inisiatif sangat , menganggap kuali sebagai pan untuk penyedap rasa hati yang sedang masygul dan berduka lara ni . selanjutnya , aku pun masaklah pancake yang sepatutnya jadi pancake tetapi terpaksa ditukarkan jadi kualicake . but , OKAY what kualicake tuh . MENJADI kot :DD

                                   *nampak sedap bukan ? memang SEDAP lah gila :P