20110207

you are what you eat , dudeeee

IN BIO CLASS ,
seperti kebiasaannya , kami seempatAMANAH akan turun ke lab BIO dan menunggu cikgu TUTI datang membuka pintu . Memang adat di sekolah kami , murid menunggu gurunya masuk terlebih dahulu . 
muahahaha*gelak gaya raper
APAKAH ?
perasan sekolah dia sorang macam gitu -,- 
semua sekolah macam itu bukan ?

5minit plus plus , cikgu pun datang lah dengan membawa rotan panjangnya . suasana dalam lab hari ni memang riuh habis bagaikan pasar malam . belajar punya belajar , chapter 2 pun habis . seterusnya , kami diberi exercise untuk melonggarkan saraf-saraf ingatan kami supaya tidak terlalu ketat :P tiada banyak mana pun , maka senanglah aku .


yay ! tiada homework hari ini 
*dasar pemalas -_-

sedang aku dan kawan-kawan membuat kerja , tiba-tiba cikgu bertanya ;

Siapa kat sini suka makan ayam ? 
Siapa kat sini suka makan daging lembu ?
Ikan keli ?

semua tercengang tatkala cikgu tanya yang sedemikian . muka nak mintak penyepak yang mampu kami ekspresikan kepada cikgu . teehee~ cikgu yang memang dah arif dengan perangai kami , mula menerangkan satu persatu . cikgu cakap ;

KALAU BOLEH , JANGAN MAKAN AYAM , 
DAGING LEMBU , IKAN KELI AND AIR COKE 
WHY ?

AYAM-seperti yang sedia maklum , ayam daging sekarang telah di-inject untuk mempercepatkan tumbesaran ayam tersebut . tidak sampai 40hari , ayam itu boleh disembelih dan dijual . tahukah anda , 90% daripada bahan yang digunakan untuk meng-inject ayam tersebut adalah Baalifbaya . tapi , ni kat USA lah . bhahaha . jangan berasa lega sangat , siapa tahu , mungkin juga kita menciplak teknologi mereka dan menggunakannya di sini untuk mengaut keuntungan . maklum sahaja lah kan , di Malaysia ni memang banyak francais-francais yang menjual makanan yang berkaitan dengan ayam :')

LEMBU-info terbaru , ada yang mengatakan , lembu-lembu di ENDON telah dipukul untuk minum lebih banyak air untuk membesarkan badannya . kejam bukan ? tahukah anda , hukum makan haiwan yang dipaksa membesarkan organnya adalah HARAM . so , bagi siapa-siapa yang bercadang untuk pergi ke ENDON , fikir-fikirkanlah . tawakal je bila makan tuh :p . jangan risau , di Malaysia ni , semua lembu diternak dengan elok , baik bahkan . ALHAMDULILLAH

IKAN KELI-is my fevret fish , I LOIKEEE . aku cakap kau , rasa die , pergh ! susu lemak berkrim santan kelapa muda jah oii . tapi bila dengar je cerita cikgu , terus terasa mual tekak nih . kata cikgu ; di Perak , kebanyakan penternak ikan keli memberi ikan-ikan mereka makan baalifbaya . WHAT ? BABI lagi ? haih =,= Sumpah bosan doh dengar nama kau BABI . bhahaha . 70% daripada babi adalah lemak semata-mata . patotlah ikan keli terasa creamy jeh , yuckss (!)

AIR COKE-tahukah anda , air coke boleh dijadikan pencuci tandas . Tak percaya ? tak percaya sudah . bhahahaha :p . tapi , seriously memang betol . Asid yang ada dalam air coke sangat kuat , tak percaya , test lah dengan litmus paper . Kalau tak percaya lagi , beli air coke , dan curahkan air coke tersebut ke mangkuk tandas kalian , biarkan semalaman dan rasailah perbezaannya . bhahaha , lepas ni , kalian tidak perlu membeli pencuci tandas lagi , beli sahaja air coke :> 
kan jimat tuh .

terima kasih cikgu tuti
atas nasihat yang mantop 

*cikgu tuti yang belah kanan tu ye :)


p/s : aku bukan nak suruh kalian boikot makanan-makanan ni semua , ini just apa yang cikgu i sampaikan . it's ur right to make a choice :')